Archive for October, 2011

Peta

Untuk memudahkan pencarian, disertakan peta Google Maps. Siap dengan jarak dalam km bermula dari lokasi yang dinyatakan.

Setakat pengalaman kami, setiap jenama alat GPS mempunyai ketepatan masing-masing, tidak sama. Bermakna kalau menggunakan nombor koordinat yang sama pun, mungkin akan sampai ke lokasi yang sedikit berbeza apabila menggunakan jenama berlainan!

Nombor koordinat yang dinyatakan dalam page Hubungi diambil menggunakan alat GPS model Garmin nuvi 765. Kalau berpandukan nombor tiang PRD 120 memanglah tepat.

20111025-013621.jpg

Selamat datang!

بسم الله الرحمان الرحيم

Selamat datang ke laman web Madrasah Nasihun Amin yang baru. Dengan laman yang baru ini, pihak pentadbiran berazam untuk membawa madrasah ini lebih maju ke hadapan dan melangkaui sempadan.

Laman ini akan sentiasa dikemaskini dengan pengisian dan maklumat yang terkini dan menarik. Rumusan pembelajaran, perbincangan isu semasa dan gambar-gambar aktiviti keagamaan serta kemasyarakatan di antara yang akan dimuatkan sentiasa.

Pihak madrasah mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan. Semoga ia dapat memperbaiki sebarang kelemahan dan mengukuhkan semua kekuatan sedia ada.

20111019-101709.jpg